Pengenalan Ringkas Kepada Kitab-kitab Hindu
Assalammualaikum Guys, Okay one more time lagi : Entri kali nihh aku copy au from one blog nie. Aku rase entri nie
bagus so, aku copy and paste kat blog WAYWAF. Em, entri nie agak panjang
sikit. Okay, Just enjoy it guys!
Veda, Upanishad, Purana dan Brahmana Granth adalah empat
kitab suci di dalam agama Hindu. Yang terakhir adalah ulasan ke atas
Veda, tetapi ia dianggap sebagai kitab yang diwahyukan. Kitab-kitab ini
adalah di dalam Bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa suci dalam agama
Hindu. Veda dibahagikan kepada empat buku: Rig Veda, Yajur Veda, Sam
Veda dan Atharva Veda. Di antara keempat-empat buku ini, tiga buku
pertama dianggap kitab-kitab purba, dan Rig Veda adalah yang tertua. Rig
Veda dikompilasi dalam tempoh tiga zaman yang panjang dan berbeza.
Terdapat pendapat-pendapat yang amat berbeza mengenai tarik kompilasi
atau pewahyuan keempat-empat Veda ini. Swami Daya Nand, iaitu pengasas
Arya Samaj, berpendapat bahawa Veda diwahyukan 1.3 bilion tahun yang
lalu manakala sarjana-sarjana Hindu dan para orientalis lain berpendapat
bahawa usianya tidak melebihi empat ribu tahun. Analisa ke atas Veda
mendedahkan perbezaan di dalam penceritaan mengenai tempat-tempat di
mana buku-buku ini diwahyukan dan perbezaan mengenai para Rishi
(Nabi-nabi) yang menerima kitab-kitab ini. Walau bagaimanapun, Veda
adalah kitab yang paling tulen di antara kitab-kitab Hindu.
Upanishad adalah yang kedua selepas Veda dari segi ketinggian
dan ketulenannya. Namun sebahagian Pandit menganggap Upanishad sebagai
lebih tinggi daripada Veda, terutamanya disebabkan bukti dalaman yang
terdapat di dalam Upanishad. Yang ketiga tulen selepas Upanishad adalah
Purana. Purana adalah kitab yang dibaca dengan paling meluas di antara
kitab-kitab Hindu kerana ia boleh didapati dengan mudah (Veda sukar
diperolehi). Orang yang mengkompilasi Purana adalah Maha Rishi Vyasa,
dan beliau menyusun Purana ke dalam lapan belas jilid. Buku-buku ini
mengandungi sejarah penciptaan alam semesta, sejarah awal kaum Arya, dan
kisah hidup tuhan-tuhan Hindu. Purana telah diwahyukan sama ada pada
masa yang sama dengan Veda atau tidak lama sebelum itu. Kesucian Purana
diakui oleh semua kitab-kitab tulen agama Hindu.
Untuk suatu jangka masa yang lama, kitab-kitab Hindu berada
terutamanya di tangan golongan Pandit dan sekumpulan kecil yang telah
mempelajari bahasa Sanskrit (kebanyakan penganut Hindu mengetahui bahasa
Hindi dan hanya boleh memahami beberapa perkataan Sanskrit). Sir
William Jones yang merupakan seorang hakim dan pengasas Asiatic Society
of Bengal mempelajari bahawa Sanskrit pada dekad terakhir abad kelapan
belas. Beliau memainkan peranan penting dalam menimbulkan minat ke atas
kitab-kitab Sanskrit dan Hindu di Eropah, dan atas usahanyalah
kitab-kitab Hindu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.
Pada tahun 1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam
Times of India yang menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi
peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja Babilonia dan Mesir dan
peperangan-peperangan mereka. Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa se
per lima daripada Rig Veda adalah berasal daripada Kitab-kitab
Babilonia. Dari sudut pandangan Muslim adalah mungkin bahawa penganut
Hindu telah diwahyukan kitab atau kitab-kitab yang mengandungi cerita
mengenai perjuangan Nabi-nabi Allah yang telah diutuskan kepada
kaum-kaum lain yang terdahulu. Adalah mungkin juga bahawa ulasan-ulasan
yang ditulis mengenainya telah digabungkan dan kemudiannya menjadi
sebahagian daripada kitab-kitab yang diwahyukan.
Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam kitab-kitab
Hindu. Atharva Veda juga dikenali sebagai 'Brahma Veda' yang bermaksud
Ilmu Suci. Analisa ke atas Veda menunjukkan bahawa 'Brahma' sebenarnya
adalah Abraham (Ibrahim), di mana huruf A di dalam Abraham telah
dipindahkan ke belakang untuk menjadikannya Brahma. Analisa ini tepat
apabila seseorang menulis dua perkataan di dalam huruf Arab, di mana
Bahasa Arab adalah bahasa yang mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh
Nabi Ibrahim. Begitu juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut
di dalam Veda sebagai Saraswati, dan Nabi Nuh disebut sebagai Manuh atau
Manu. Segolongan Pandit menganggap Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim.
Nabi Ismail dan Nabi Ishak dinamakan Atahrva dan Angira, masing-masing
di dalam Veda.
Latar belakang kepada Ramalan-ramalan
Memang diketahui umum bahawa penganut Hindu amat gemar memuja
wira-wira, dan adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa selepas suatu
tempoh masa yang lama, rasa hormat dan pujaan terhadap Nabi-nabi
menyebabkan ada golongan yang menganggap mereka sebagai dewa atau Tuhan.
Selanjutnya, terdapat juga kemungkinan bahawa Buku Ibrahim dan
buku-buku mengenai Nabi-nabi lain mengandungi ramalan-ramalan mengenai
Nabi Terakhir, Muhammad (s.a.w.). Ahli-ahli sejarah Muslim di India
berpendapat bahawa makam Nabi Sheesh dan Nabi Ayyub (Job) terletak di
Ayodhya, di wilayah Uttar Pradesh, India. Menurut Shatpath Brahmana,
pada zaman purba, Ayodhya dikenali sebagai Khosla.
Segolongan
Pundit kini mulai menolak Purana hanya kerana mereka menemui di dalamnya
banyak ramalan-ramalan dan tanda-tanda yang nyata mengenai kebenaran
Nabi Muhammad. Suatu hujah telah dikemukakan bahawa Purana yang ada kini
tidak sama seperti koleksi yang dirujuk oleh Veda dan bahawa
kitab-kitab asal telah hilang. Namun begitu, dakwaan ini tidak benar.
Adalah mustahil bahawa semua Purana yang dibaca dengan meluas dan dikaji
dengan mendalam boleh hilang dan terhapus terus manakala Veda yang
hanya dibaca dan difahami oleh segolongan kecil kekal utuh sehingga hari
ini.
Satu lagi hujah untuk menentang ramalan-ramalan ini adalah
bahawa ia telah ditambah ke dalam Purana pada suatu masa yang
terkemudian. Hujah ini juga tidak berasas. Sebuah buku yang begitu
dikenali, yang mempunyai liputan yang meluas, dan dibaca pada masa-masa
sembahyang yang ditetapkan tidak mungkin boleh diubahsuai dengan begitu
mudah. Tambahan lagi, tidak mungkin semua Pundit dan golongan berilmu
Hindu telah bersepakat dan menambah ramalan-ramalan ini ke dalam Purana.
Apa yang aneh adalah bahawa pengubahsuaian yang dilakukan memihak
kepada Nabi Terakhir dan menentang agama mereka sendiri.
Semua kitab-kitab utama Hindu mengandungi ramalan mengenai
Nabi Muhammad. Di samping sifat-sifatnya, peristiwa-peristiwa di dalam
hidupnya, Ibrahim, Kaabah, Bakkah (Mekah) dan Arabia, ramalan-ramalan
ini menyebut namanya sebagai Mahamad, Mamah dan Ahmad. Nama Mahamad
muncul di dalam Purana, nama Mamah muncul di dalam Kuntap Sukt (di dalam
Atharva Veda) dan nama Ahmad muncul di dalam Sama Veda. Terdapat banyak
klasifikasi mengenai darjah kepentingan Veda telah dibuat. Contohnya,
di dalam Shatpath ada disebut bahawa Sama Veda adalah intipati semua
Veda. Di satu tempat di dalam Taittriya Brahmana, disebut bahawa "Alam
ini dicipta daripada Brahma, Vaisha dicipta daripada mantra Rig Veda,
Kashtriya dicipta daripada Yajur Veda dan Brahman dicipta daripada Sama
Veda".
Ramalan Di Dalam Purana
Orang yang mengkompilasi Purana, iaitu Mahrishi Vyasa, adalah
seorang yang amat dihormati di kalangan penganut Hindu sebagai rishi
agung dan seorang yang berilmu. Beliau amat takwa dan takut kepada
Tuhan. Beliau juga mengarang Gita dan Maha Bharat. Salah satu jilid
daripada lapan belas jilid Purana adalah jilid yang bertajuk 'Bhavishya
Puran', yang bermaksud peristiwa-peristiwa akan datang. Penganut Hindu
menganggapnya sebagai Firman Tuhan. Ramalan yang menyebut nama Nabi
Muhammad ditemui di dalam Prati Sarg Parv III: 3,3, Ayat 5.
Sebelum
terjemahan Bahasa Inggeris dikemukakan, perkataan Malechha muncul di
bahagian pertama ayat 5 perlu dijelaskan. Perkataan Malechha bermaksud
seorang lelaki yang berasal dari negara asing dan bertutur bahasa asing.
Sekarang, perkataan ini digunakan untuk merendahkan orang yang tidak
suci atau yang lebih buruk lagi. Penggunaannya berbeza-beza dan
bergantung kepada siapa yang menggunakannya dan untuk siapa perkataan
itu digunakan. Sir William Jones menghadapi kesukaran besar untuk
mendapatkan seorang Pundit yang mahu mengajarkannya Sanskrit kerana
beliau dianggap tidak suci (Malechha). Hanya setelah Maharaja Shiv
Chandra campur tangan baharulah Pundit Ram Lochna bersetuju untuk
mengajarnya Sanskrit.
Tidak diketahui sejak bila perkataan ini digunakan dengan
maksud menghina: sama ada sebelum kebangkitan Nabi Muhammad (s.a.w.),
atau selepas seorang raja Hindu, iaitu Maharaja Chakrawati Farmas (dari
Malabar yang terletak di tenggara India) menganut Islam semasa hayat
Nabi, tidak lama selepas ketibaan umat Islam di India pada tahun 711,
atau selepas masa itu. Mahrishi Vyasa yang mengkompilasi Purana telah
menakrifkan Malechha yang bijaksana sebagai "lelaki yang baik
tindak-tanduknya, amat bijak, tinggi kerohaniannya dan meninggikan
Tuhan".
Banyak perkataan-perkataan Sanskrit dipinjam daripada
perkataan-perkataan Arab dan Ibrani dengan sedikit pengubahsuaian
seperti Brahma, Saraswati dan Manu seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 2 di bawah. Perkataan ini kelihatannya diterbitkan daripada
perkataan Ibrani, iaitu Ma-Hekha,

yang bermaksud saudaramu (contohnya, Dan dia (Ismail) akan tinggal
bersama semua saudaranya. Genesis 16:12; iaitu keturunan Ismail adalah
saudara bangsa Israel). Dalam konteks kitab-kitab Biblikal, perkataan
ini bermakna keturunan Nabi Ismail (Ishmael), dan memang diketahui
bahawa Muhammad (s.a.w.) adalah keturunan Nabi Ismail melalui anaknya
yang kedua, iaitu Kedar. Sesiapa yang boleh membaca skrip Arab dapat
melihat dengan mudah bahawa terdapat kesilapan dalam memisahkan Ma
daripada Hekha yang menghasilkan satu perkataan, iaitu 'Malhekha', dan
apabila diadaptasi kepada bahasa asing seperti Sanskrit, ia mungkin
berbunyi seperti Malechha.

Teks Sanskrit dan terjemahan Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati
Sarg Bahagian III:3,3 diberikan di bawah. (Bahagian berkotak di dalam
teks Sanskrit menandakan perkataan Mahamad atau Muhammad).

Seorang
Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang
merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya.
Namanya adalah Mahamad...
Terjemahan ayat 5 - 27 yang
ditunjukkan di Lampiran A (teks Sanskrit Purana, Prati Sarg Bahagian
III:3, 3) yang merupakan hasil kerja Dr. Vidyarthi dikemukakan di bawah:
"Seorang
Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang
merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya.
Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan Mahadev Arab
(dengan keperibadian seperti malaikat) ini, dia mempersembahkan
kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas dan tanda
penghormatannya dan berkata, 'Aku patuh kepadamu'. 'Wahai engkau,
kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan
yang besar untuk membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi
daripada penentang-penentang malechha (penyembah berhala). Wahai engkau,
yang merupakan gambar Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku
adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk di kakimu."
"Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya
Dharma tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul
seorang roh jahat yang terseleweng yang telah kubunuh [nota: contohnya
Abrahah Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah]; dia kini muncul
lagi dan dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuh-musuh
ini ke jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad)
yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras
untuk membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar. Wahai Raja! Kau
tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau akan disucikan
melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu malam, dia yang
seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar sebagai Pishacha
berkata kepada Raja Bhoj: "Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang
mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar Parmatma
(Tuhan, Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada
golongan pemakan daging. Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki
yang telah disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut,
melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua
yang halal. Dia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir.
Mereka tidak akan mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan
melalui peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak
beragama, mereka akan dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan
menjadi pengasas agama golongan yang memakan daging ini."
Lampiran A

Ramalan Di Dalam Kuntap Sukt (Atharva Veda)
Kuntap Sukt adalah bahagian-bahagian di bab kedua puluh
Atahrva Veda, Ia dibaca setiap tahun dalam sembahyang semasa
perhimpunan-perhimpunan besar, dan bila mana korban dipersembahkan.
Setiap tahun, tujuh belas pundit berkumpul untuk membaca mantra-mantra
ini dengan penuh khusyuk. Kuntap Sukt disebut di dalam beberapa
kitab-kitab purba Hindu seperti Aitreya Brahmana, Kaushitki Brahmana,
Gopath Brahmana, Shankhayana Shraut Sutar, Ashvlayana Shraut Sutar dan
Vaitan Sutar.
Perkataan Kuntap bermakna menghapuskan dosa dan penderitaan;
perkataan ini terbentuk daripada perkataan 'Kuh' (dosa dan penderitaan)
dan 'tap' (menghapuskan). Perkataan Kuntap juga bermaksud 'kelenjar yang
tersembunyi di abdomen', yang bermakna bahawa maksud sebenar akan
didedahkan hanya kepada mereka yang mempunyai penglihatan yang dalam.
Sebagai perbandingan, Mekah digelar ibu kepada bandar-bandar (Umm al
Qura) atau pusat bumi. Dr. Vidyarthi menunjukkan bahawa perkataan Kuntap
diterbitkan daripada Bakkah (Mekah). Dalam analisa ke atas
perkataan-perkataan Sanskrit dan Arab yang mempunyai makna yang sama
seperti di dalam Jadual sebelum ini, perkataan 'b' di dalam bahasa Arab
digunakan sebagai 'p' di dalam bahasa Sanskrit (pada zaman kita, satu
contoh adalah minuman Pepsi; ia ditulis dan disebut sebagai Bebsi dalam
dunia Arab). Dalam kes tertentu, huruf Arab 't' menjadi senyap dan
disebut sebagai 'h' bergantung kepada kedudukannya di dalam perkataan
berkenaan (lihat Jadual 3 di bawah). Sebagai contoh, 'tun' di dalam
Medinatun digantikan dengan 'h' dalam sebutan (kedua-dua 't' dan 'n'
digugurkan). Selanjutnya, banyak perkataan-perkataan Sanskrit yang
mempunyai perkataan yang selari dalam bahasa Arab ditulis terbalik
(lihat Jadual 2 di atas). Oleh itu, kita boleh melihat kesamaan di
antara perkataan Kuntap dan Bakkah (setiap satu mengandungi huruf k, n,
t, p). Selanjutnya, Dr. Vidyarthi menunjukkan daripada konteks ramalan
tersebut bahawa sesungguhnya Kuntap merujuk kepada Kaabah dan Mekah. Apa
yang menarik adalah perkataan Bakkah dan Kaabah menggunakan perkataan
akar yang sama.
Mantra ketiga di dalam Kuntap Sakt ialah:

Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan seperti berikut:
"Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu"
Perkataan
akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang disanjung
tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi. Perkataan
"Muhammad" di dalam bahasa Arab bermaksud "yang dipuji". Di dalam bahasa
Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan sedikit
pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud' Ghaznavi yang memerintah sebahagian
daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud' Ghaznavi. Oleh itu, Mamah
adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat tersebut
dipertimbangkan. Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi bermaksud guru
ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang tinggi tarafnya.
Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada nama Nabi Idris dengan
huruf pertama 'i' dipindahkan ke penghujung perkataan, sama seperti nama
Abraham dan Brahma, dan huruf 'd' digugurkan seperti mana Mamah
(Muhammad, yang diterbitkan daripada huruf akar h, m dan d).
Seratus
keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad,
yang mana lapan puluh daripada mereka berhijrah ke Habsyah untuk
melepaskan diri daripada penindasan yang tidak tertanggung. Di dalam
Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan yang diwahyukan ke atas Yajur
Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora untuk kuasa spiritual
manusia yang tinggi.
Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad
yang paling rapat yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh
Nabi. Umat Islam mengenali mereka sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka
adalah Abu Bakar (r.a.) , 'Umar, 'Uthman, 'Ali, Talha, Zubair, 'Abdul
Rahman bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, S'ad bin Zaid, dan Abu 'Ubaidah
(moga Allah memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut
di dalam Veda sebagai Dash ashrijah - 'sepuluh jambangan bunga dari
syurga'.
Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk
kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar.
(Bilangannya yang tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan
angka ini digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang
pantas, terutamanya yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya).
Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat
yang mengiringi Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit 'go'
diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan digunakan
bagi kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu
digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita
dapati kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka
adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta
perkasa dalam memastikan keamanan dan keadilan.
Qur'an 48:29
Muhammad itu adalah utusan Allah dan
orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang
kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku' dan
sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak
pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam
Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang
mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu
menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu
menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan
hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah
menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang
soleh di antara mereka keampunan dan pahala yang besar.
Qur'an 5:54
Hai
orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari
agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah
mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut
terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang
kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan
orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa
yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha
Mengetahui.
Sebuah hadith Nabi Muhammad menjelaskan lagi ramalan ini. Ia
diriwayatkan di dalam Sahih Al-Bukhari, Jilid 9, No. 159 dan terdapat
sedikit tambahan pada perinciannya di dalam Sahih Muslim, Sharh
an-Nawawi, Jilid 8. Hadith ini merujuk kepada mimpi Nabi ketika beliau
di Mekah, iaitu sebelum hijrah ke Madinah.
"Abu Musa meriwayatkan bawa Nabi (s.a.w.) bersabda, "Di dalam
mimpiku aku nampak bahawa aku berhijrah dari Mekah ke suatu tempat di
mana terdapat pohon-pohon kurma. Aku menyangka bahawa tempat itu adalah
Yamamah atau Hajar, tetapi rupa-rupanya adalah Yathrib (Madinah). Dan
aku nampak lembu-lembu (dipetik di dalam Sahih Muslim sebagai
lembu-lembu disembelih) di situ - dan bahawa apa yang ada di sisi Allah
adalah lebih baik. Akhirnya, lembu-lembu itu rupa-rupanya adalah simbol
orang-orang beriman (yang terbunuh) di (pertempuran) Uhud, dan yang baik
(yang aku lihat di dalam mimpiku) adalah ganjaran kebaikan dan
kebenaran yang Allah anugerahkan kepada kami selepas peperangan Badar."
Hadith
ini menunjukkan bahawa lembu-lembu di dalam mimpi tersebut mewakili
sahabat-sahabat Nabi. Oleh itu, sepuluh ribu lembu di dalam mantra Veda
merujuk kepada sepuluh ribu sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang beriman.
Terjemahan
Bahasa Inggeris mantra (ayat-ayat) 1 hingga 13 tersebut adalah dari
Kuntap Sukt (Atharva Veda) yang merupakan hasil kerja Pandit Raja Ram
dan penterjemah-penterjemah Hindu lain, dan disenaraikan di bawah. Teks
di dalam [ ] ditambah untuk menghuraikan atau menerangkan konteks
ayat-ayat tersebut kepada pembaca.
Dengarlah wahai manusia! Seorang yang terpuji akan dipuji.
Wahai Kaurama, kami telah menerima dari kalangan Rushama enam puluh ribu
dan sembilan puluh [bilangan penduduk Mekah ketika Nabi berjaya
membebaskan Mekah].
Dua puluh ekor unta menarik kereta
kudanya, dan dia membawa bersama isteri-isterinya. The top of that
carriage of chariot bows down escaping from touching the heaven.
Dia
memberikan Rishi Mamah seratus keping emas, sepuluh kalungan, tiga
ratus ekor kuda dan sepuluh ribu ekor lembu. [100 orang sahabat awal, 80
orang daripada mereka berhijrah ke Habsyah, sepuluh yang terpilih
diberikan berita gembira tentang syurga oleh Nabi, 313 sahabat di
peperangan Badar, dan 10,000 sahabat yang bersama-sama Nabi semasa
memasuki Mekah dan membersihkan Kaabah daripada berhala-berhala]
Sebarkanlah
kebenaran, wahai engkau yang memuji [Ahmad], sebarkanlah kebenaran,
seperti mana burung menyanyi di pohon yang berbuah ranum. Bibirmu dan
lidahmu petah bagaikan sepasang mata gunting yang tajam. [Keadaan Nabi
ketika menerima wahyu melalui Malaikat Jibril]
Yang berdoa dan
doa mereka bergegas bagaikan kerbau yang tangkas. Hanya anak-anak yang
tinggal di rumah, dan di rumah mereka menunggu lembu-lembu itu.
[Lembu-lembu merujuk kepada sahabat-sahabat Nabi. Mereka menunaikan
solat 5 kali sehari dengan taat pada masa yang ditetapkan. Rujuk kepada
kisah Peperangan badar, Uhud, dan Ahzab].
Wahai engkau yang
memuji (Tuhan), bertindaklah dengan bijak, yang akan membawa ganjaran
lembu dan perkara-perkara yang baik. Sebarkanlah ia di kalangan yang
beriman, seperti mana pemanah mengacukan anak panahnya ke sasaran.
[kebesaran Qur'an]
Nyanyikanlah pujian yang tinggi kepada raja
dunia ini atau Cahaya Semesta Alam, yang merupakan tuhan dan yang
terbaik di kalangan manusia. Dia adalah pembimbing semua manusia dan
memberikan perlindungan kepada semua orang. [sifat-sifat Nabi Muhammad]
Dia
yang menawarkan perlindungan kepada semua orang, membawa kedamaian
kepada dunia, sebaik sahaja dia menaiki takhta. Orang-orang di tanah
Kuru memperkatakan tentang kedamaian yang dibawanya semasa membina
rumah. [Di dalam Bahasa Ibrani, Kuru bermakna orang yang melindungi
rumah, dan Kore bermakna rumah. Ia merujuk kepada rumah ibadat yang
pertama, iaitu Kaabah. Dalam konteks ini, tanah Kuru bermakna negeri
Koreish. Mantra ini merujuk kepada pembinaan semula Kaabah lima tahun
sebelum kenabian Muhammad dan peranannya di dalam mendamaikan suku-suku
Koreish (Quraisy) yang mahukan penghormatan eksklusif untuk meletakkan
kembali Batu Hitam di tempatnya, dan pertelingkahan ini hampir
mencetuskan pergaduhan di kalangan mereka. Batu Hitam adalah bahan suci
dan adalah satu-satunya bahagian yang tinggal daripada bahan asal yang
digunakan untuk mendirikan Kaabah]
Di kalangan Raja, yang
memberikan kedamaian dan perlindungan kepada semua,seorang isteri
bertanya suaminya sama ada dia perlu menghidangkan untuknya dadih atau
sebarang arak. [Disebabkan perlindungan dan perintah Nabi, kaum wanita
boleh mengembara dengan bebas tanpa ditemani dan tanpa rasa takut]
Barli
yang ranum tumbuh dari rekahan dan menjulang ke langit. Orang ramai
makmur di bawah pemerintahan raja yang melindungi semua. [Manusia bangun
dari lubuk kehinaan ke puncak kemuliaan].
Indra mengejutkan
penyanyi dengan pujian-pujiannya dan memintanya pergi kepada orang ramai
dari serata arah. Dia diminta memuji Indra, yang gagah dan semua orang
beriman menghargai usahanya dan Tuhan menganugerahkannya ganjaran. [Nabi
menghantar beberapa pucuk surat kepada beberapa orang raja dan
pemerintah dari serata tempat untuk menjemput mereka kepada Islam].
Lembu-lembu,
kuda-kuda dan manusia bertambah dan berkembang di sini kerana di sini
ada seorang pemerintah yang amat murah hati yang memberikan ribuan untuk
kebajikan dan korban. [Sifat Nabi Terakhir].
Wahai Indra,
lindungilah lembu-lembu ini, dan lindungilah tuannya daripada bahaya.
Wahai Indra, jangan biarkan musuh atau perompak menewaskan mereka.
[Indra merujuk kepada Tuhan dan lembu merukuk kepada pengikut-pengikut
Nabi yang beriman]
Untuk perbandingan, sila baca riwayat hidup
Nabi Muhammad (s.a.w.) dan apa kata orang bukan Islam mengenai Nabi
Muhammad (s.a.w.).
to be continued....TTKPT-3 :)
to be continued....TTKPT-3 :)

No comments:
Post a Comment