Assalamualaikum Guys. Semoga apa yang nak aku sampaikan hari ni dapat memberi sedikit
manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Dulu pun aku minat dia gak, Tapi hai.. Bila dah dengar camni tak elok doh.
Baru-baru
ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang aku sudah
tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro
iaitu
lagu baru dia dah release .Banyak kontroversi tentang video ni .Time
nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah
sedia maklum banyak unsur-unsur lucah ..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa
yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi
seperti yang disangka .
Banyak
benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang
Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang
paling berpengaruh so far ..
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali
ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain
dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah
tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi
mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal
..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas
dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
Video
dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari
mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan
bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu
laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang
hexagram sebagai tahanan berbaris.
“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro .”
Selepas
tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang
kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan
membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .
Sacred
Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam
kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah
..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa-biasa tapi ada paku
dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart
of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google
untuk baca lebih lagi
But I just can’t be with you like this anymore , Alejandro.
Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then
dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan
nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki
. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran
video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang
lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?
Kemudian
Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam
sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian
mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye
(bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .
Selepas
itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan
dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada
seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’
.Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di
kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti
seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si
illuminatist tak guna .
Dalam
adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang
untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh
nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “ Alejandro ” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .
“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger (cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan ..
Selepas
sahaja lirik tu ...Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan
bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga.
Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk
satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga
telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) .
Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?
( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati
)
Saya
kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas ..Ada banyak
sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa
maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama
Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan.
Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter
",
untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik
kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama
seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib
terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa
negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan
Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
Salib
terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan
untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..
“
In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power
(…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art.
Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic
figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies
that it is left-handed.” - Manly P. Hall
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando ..
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
Salib
terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi
simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat
kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan
.Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam
kumpulan mereka
Sebaik
sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya .
Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi
Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih ..
Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol
ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan
Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu
cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang
Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..
I’m
not your babe I’m not your babe ,Fernando . Waktu menyebut perkataan
Fernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada
Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada
mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu
suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang
kena solve apa makna dia ..
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga
dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi
sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "
Dan
di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada
mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula
di-control ..Oleh siapa? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga
ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari
jawapan nya kan ?
Insya-Allah pasti ..
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam ..bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance.
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam ..bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance.
Jadi
apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak
iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa
spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam
?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
Cik
Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la
macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah
ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan
nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya.
Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .
Tidak
mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut
La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai
.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan
ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah
kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya ..Amin ya rabbalalamin . sumber asal : vigilant citizen :)
Sesungguhnya pendengaran , penglihatan dan hati , semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya " (Al-Isra' 17:36)

No comments:
Post a Comment