
Hola Holo Hey Guysss. Ohhh and Assalammualaikum. Sejarah Itu Penting. Em, That's All. Enjoy It!
Sekali
lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai
antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun
kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks
sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.
Saya
percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar
bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak
mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah
Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat
berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping
mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk
tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka
sahaja.
Dan
saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak
di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela
hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu
jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan
ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru
jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.
Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?
Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?
Pernahkah
anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat
sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia
diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu?
Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang
hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di
bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang
menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah
kelengkapan Melaka begitu lemah?
Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak kalah Melayu ni? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.
Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?
Jawapannya
tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan
kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar
senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta
Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan
Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi
kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam
hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan
Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia
Tenggara.
Malahan,
Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang
berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara.
Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur
menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada
kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah,
Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin
mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???
Catatan
ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut,
setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk
meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka.
Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah
cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa
sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut,
muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia
itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah
cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah
yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah
bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke
tangan Barat?
Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh
gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera
dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan
pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan
orang-orang melayu sendiri.
Melaka
jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah
memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata
api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir
menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan.
Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing
pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden
atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan
tertentu untuk mengatasi alatan canggih.
Angkatan
laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang
tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah
kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan
Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam,
juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk
menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat
Melaka?
Mampu
meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau
dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat
pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh?
Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?
Bacalah
mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk
tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang
angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka.
Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan
senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal
Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?
Memang
perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah
melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang
gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan
sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.
Mereka
yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa
yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak
digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para
pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis
menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang
inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama
sekali?
Ada
cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang
menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu,
kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut
mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang
Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan
Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas
takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara
pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si
Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang
lain yang terlepas daripada catatan sejarah.
Apapun,
nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih
400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut
ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar.
Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu
lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat.
Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu? “Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”
Semua
rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa kejatuhan
kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini. Pemimpin yang korup serta tidak
amanah, menjual kedaulatan negara haruslah diganti dengan pemimpin yang
amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa
dan negara serta yang paling penting mengamalkan perintah Allah dan
rasulnya. Pemimpin yang adil diturut, pemimpin yang zalim disanggah !!!

No comments:
Post a Comment