Guys, Entri kali nihh aku copy au from one blog nie. Aku rase entri nie bagus so, aku copy and paste kat blog WAYWAF. Em, entri nie agak panjang sikit. Okay, Just enjoy it guys!
Perbincangan diteruskan dengan satu rahsia yang penting tentang 'The
One'.Betapa sebenarnya Allah s.w.t telah menurunkan setiap kelompok
manusia dengan seorang pemberi peringatan,dan setiap pemberi peringatan
itu pula akan mengkhabarkan tentang kehadiran seorang pemberi peringatan
agung;seorang rasul,seorang Maitreya,Messiah atau Kalki Avatar.
Nabi Adam a.s telah berdoa dengan menyertakan satu nama yang
dilihatnya di tiang-tiang Arasy ketika saat kelahirannya.Nama itu
bergandingan dengan nama Tuhan.Nabi Adam telah berdoa ketika dirinya
berada dalam masalah yang amat besar;derhaka kepada perintah Tuhan yang
menjadikan dirinya.Tuhan telah menunjukkan kemurkaan-Nya yang dasyat.
Namun mendengar nama yang istimewa itu,Tuhan bertanya kepada
Nabi Adam,siapakah gerangan empunya nama itu?Nabi Adam menjelaskan nama
itulah yang dilihatnya di tiang Arasy ketika mendongak sejurus dirinya
dihidupkan.
Dan Tuhan memberitahu bahawa tanpa orang yang empunya nama
itu,dirinya juga tidak mungkin diciptakan.Malahan seluruh alam semesta
dan tidak mungkin wujud tanpa nama yang agung itu.Dan Tuhan pun
mengampunkan Nabi Adam dengan asbab nama agung itu yang tidak dikenali
oleh Nabi Adam ketika itu.
Di dalam dunia,setiap nabi dan Rasul pasti mengkhabarkan
kepada umatnya akan kehadiran seorang yang agung;yang menjadi nabi dan
Rasul kepada seluruh alam.Bukan sekadar manusia,malah Jin dan Syaitan
juga mendengar namanya.Orang ini mempunyai gelaran yang pelbagai
mengikut tradisi dan bahasa pelbagai bangsa.Orang ini dikhabarkan
seorang yang terpuji,mulia dan penuh kasih sayang.Dia adalah penyelamat
seluruh manusia.Para pendeta menunggu-nunggu kehadirannya dengan
menghafal watak dan tanda-tandanya.Yang lain mula membina patung-patung
sebagai merindui kedatangannya.Ada yang menghantar para perisik untuk
menghidu kelahirannya.
Siapakah orang suci yang kehadirannya ditunggu-tunggu itu?
Muhammad Dalam Kepercayaan Pelbagai Agama

Jika kita
mengkaji pola-pola dalam agama-agama besar dunia,kita akan perasan satu
kronologi yang biasa berlaku kepada satu-satu ajaran.Sebagai
perbandingan kita ambil lima agama besar;Kristian,Yahudi,Buddha,Hindu
dan Islam.Lima agama ini diambil berdasarkan beberapa merit seperti
tradisi lisan dan bertulis yang kuat,jumlah penganut,keunggulan ajaran
serta pengaruhnya terhadap kehidupan manusia.
Di antara semua ajaran ini,hanya Islamlah yang menepati dan
mengungguli semua merit.Pertama sekali kita harus berpandu kepada
sumber-sumber ajaran yang bertulis kerana ini adalah rekod yang boleh
dipercayai berbanding lisan yang lebih terdedah kepada kegiatan menokok
tambah.Kristian mempunyai Injil (versi ubahsuai hari ini adalah Bible
atau Perjanjian Baru),Yahudi mempunyai Taurat (versi ubahsuai hari ini
adalah Perjanjian Lama) disamping Talmud (kitab kompilasi kupasan para
rabbi),Buddha mempunyai Tripitaka dan Hindu mempunyai koleksi
Veda.Kesemua sumber bertulis ini tidak dapat dibandingkan dengan
AlQuran,sumber bertulis agama Islam,kerana kelemahan-kelemahan
kitab-kitab itu sendiri.Injil dan Taurat sudah lama bercampur dengan
tangan-tangan pendeta Yahudi dan Kristian,Tripitaka ditulis 300 tahun
selepas kematian Gautama Buddha dan koleksi Veda sudah bercampur dengan
cerita-ceriti dongeng dan mitos.
Anehnya AlQuran tetap terpelihara dan paling tinggi tahap
keunggulannya.Pertama,ia adalah kitab yang diturunkan semasa Rasulullah
s.a.w masih hidup,bukan seperti Tripitaka yang ditulis oleh para Bikkhu
dan sami Buddha selepas 300 tahun kematian pengasas agama itu.Ia tidak
bercampur dengan tangan-tangan manusia,tidak seperti Injil dan Taurat
pada hari ini.AlQuran dari ia diturunkan sehingga ke hari ini adalah
dalam keadaan yang asal tidak seperti Veda yang sudah rosak di sana sini
dengan cerita ceriti dongeng para dewa-dewi yang berjumlah
beribu-ribu,ada di antaranya berperang sesama sendiri dan ada yang
berkahwin dan melahirkan anak.
Jika orang menafikan keaslian AlQuran dengan mengatakan
AlQuran ditulis oleh Rasullullah s.a.w,maka itu adalah pendapat yang
salah kerana Rasulullah seorang yang ummi;tidak boleh tulis baca
(kasarnya seorang buta huruf).Kekurangan pada diri Rasulullah ini
sebenarnya satu kelebihan dan hikmah kerana dapat menegaskan bahawa
AlQuran adalah benar-benar wahyu dari Tuhan.
Namun tahukah anda apakah di sebalik agama-agama besar
ini?Dan tahukah anda dari mana agama-agama ini berasal?Dan tahukah anda
bahawa setiap sumber bertulis agama-agama ini ada meramalkan kedatangan
Rasullullah sendiri;Muhammad Yang Terpuji?
Bagaimana ini terjadi?
Pertama sekali kita hendaklah mengetahui satu rahsia penting.Jika kita faham rahsia ini maka kita akan faham rahsia seterusnya.
Setiap Umat Diturunkan Pemberi Peringatan Masing-masing
Pelajaran pertama,bahawa sesungguhnya setiap kelompok
manusia;umat,bangsa atau apa saja kita namakan ia telah diturunkan
pemberi peringatan.
"Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak
ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi
peringatan."
(AlFaathir ayat 24)
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada tiap-tiap
umat (untuk menyeru): "Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah tuhan-tuhan
yang palsu itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi
petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah
pasti kesesatan hatinya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan
perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan
(rasul-rasul)."
(An Nahl ayat 36)
"Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah
Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak
Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada
Musa dengan langsung"
(An Nisa ayat 164)
Melalui ayat-ayat di atas kita tahu bahawa setiap kelompok
manusia ini telah Allah turunkan nabi-nabi atau rasul sebagai pemberi
peringatan.Ada di antara nabi-nabi ini diterima oleh kaumnya namun tidak
kurang juga yang ditolak sehingga hilang sirna dalam sejarah
manusia,dilupakan dan terkubur begitu sahaja.Namun ada yang masih
mengingati nabi-nabi ini,ditulis puisi atau kisah-kisah mereka disamping
tokok tambah yang mendewa-dewakan mereka;sebagai orang-orang suci yang
punya pengetahuan ajaib.
Ayat ketiga di atas menunjukkan pada kita bahawa terdapat
rasul-rasul yang tidak diketahui oleh Rasullullah s.a.w.Di dalam AlQuran
terdapat 25 orang rasul.Dan hanya inilah nama-nama pemberi peringatan
bertaraf rasul yang diwahyukan kepada Rasullullah s.a.w.Soalannya
sekarang,berapa ramai nabi-nabi dan rasul-rasul yang tidak diliputi
dalam AlQuran?
Jumlah Nabi dan Rasul
Dari Abi Zar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika
ditanya tentang jumlah para nabi, "(Jumlah para nabi itu) adalah seratus
dua puluh empat ribu (124.000) nabi." "Lalu berapa jumlah Rasul
diantara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus dua belas(312)"
(Hadits riwayat At-Turmuzy)
Dari hadis di atas jelaslah bahawa terdapat beribu-ribu nabi dan beratus rasul.Jadi apakah perbezaan nabi dan rasul?
Nabi (yang bukan Rasul ) adalah insan yang diwahyukannya
kepadanya bukan dengan syariat yang baru, bahkan diwahyukan kepadanya
mengikut syari`at rasul yang sebelumnya.
Manakala rasul ialah mereka yang diwahyukan kepadanya dengan syariat yang baru serta menasakhkan syariat Rasul yang sebelumnya.
"Pada Mulanya manusia dahulunya umat yang satu ( semunya
berada dalam agama Islam) maka Allah mengutuskan para nabi-nabi sebagai
pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan"
(AlBaqarah ayat 213)
Perlu diingat bahawa yang dinasakhkan bukanlah persoalan
akidah,akidah tetap bertunjangkan Tauhid tetapi syariat,iaitu
hukum-hakam yang mencakupi cara hidup manusia termasuk cara ibadat dan
menguruskan keperluan harian.Syariat nabi Ibrahim berlainan dengan
syariat Nabi Musa,begitu juga syariat Nabi Isa berlainan dengan syariat
Nabi Muhammad.Ia berbeza berdasarkan peredaran zaman dan kehendak Allah
Azza Wa Jalla.
Jika terdapat beribu-ribu nabi,maka sebenarnya AJARAN YANG
MENGAJAK MANUSIA MENGENAL TUHAN merupakan asal dari ajaran para utusan
ini ataupun serpihan dari ajaran mereka.Kita mengenal Nuh,Idris,Hud dan
Saleh tapi kenalkah kita nama-nama seperti Uzair,Ezekiel,Daniel atau
Shith?Apatah lagi jika kita diberikan nama-nama seperti
Kakusandha,Konagamana dan Kassapa?Bagaimana dengan tamadun Maya dan
Aztek?Ataupun puak-puak Viking di laut Skandinavia?Bagaimana dan adakah
nabi-nabi sampai ke sana?Kita tidak perlu risau akan perkara itu,ia
tidak penting.Yang penting kita tahu bahawa nabi-nabi ini berjumlah
beribu-ribu dan semua umat ada diutuskan nabi-nabi ini.Mungkin seorang
nabi telah tiba ke pesisir pantai Norway untuk mengembangkan ajaran
Tauhid kepada puak Norseman dan Viking namun telah dihalau atau
dibunuh.Kita tidak tahu.Apakah itu Valhalla??
"(yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan,
lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan)
yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah
orang-orang di utus kepadamu."
(Yassin ayat 14)
Kemungkinan seorang nabi dilahirkan di antara puak-puak
Jerman seperti Saxons,Angles dan Jutes atau dari kalangan bangsa Norman
namun telah didustakan oleh pendeta-pendeta Druid yang menghasut
masyarakat supaya menghalau atau mengugut nabi itu dengan ugutan bunuh,
"Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami bernasib malang karena
kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami
akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari
kami."
(Yassin ayat 18)
Nabi itu dipadamkan dari ingatan masyarakat.Jika kaumnya
memilih dewa pagan sebagai Tuhan,nabi-nabi itu tidak boleh berbuat
apa-apa.Yang memberi hidayah bukan mereka tetapi Allah Azza Wa
Jalla.Mereka hanya menjalankan tugas dakwah sahaja.Begitu juga yang
terjadi kepada kisah Nabi Yunus a.s yang merajuk dengan kaumnya akibat
nasihat darinya ditolak mentah-mentah.Ketika itu Nabi Yunus telah
ditugaskan oleh Allah s.w.t supaya berjumpa dengan penduduk
Nineveh,ibukota kerajaan Assyria tentang kedatangan tentera-tentera
Cimmeria dan Schythia yang merupakan bangsa yang suka berperang dan
ganas.Anda boleh menghayati suasana peperangan dan situasi tentera
Cimmeria dan hubungannya dengan negarakota-negarakota purba dalam filem
Conan The Barbarian lakonan Arnold Schwarzenegger.Conan adalah watak
seorang Cimmeria yang membalas dendam akibat ibu-bapa dan kaumnya yang
telah dibunuh oleh satu bangsa lain,mungkin raja-raja Hittite,Assyria
mahupun Israel Kuno.
Nabi Yunus a.s telah lari meninggalkan penduduk Nineveh
dengan menumpang kapal ke laut,dan seterusnya terjadilah kisah Ikan Nun
yang masyhur itu.Namun raja Assyria telah insaf dengan nasihat Nabi
Yunus tidak lama kemudian dan bertaubat lalu mengikuti segala nasihat
nabi itu sepeninggalannya.
Setiap nabi ini telah membenarkan nabi-nabi yang lain,dan
mereka tahu bahawa mereka adalah dari kelompok yang sama dan mendapat
tugasan yang sama dari 'tuan' yang sama.Ini samalah seperti ejen-ejen
CIA yang bertebaran di seluruh pelosok dunia seperti dalam filem
Bourne.Nabi Isa a.s tidak boleh mendustakan Nabi Musa a.s.Beliau juga
tidak mungkin akan mendustakan Nabi Muhammad s.a.w yang diberitahu oleh
Allah s.w.t sebagai nabi/rasul selepasnya.Mereka telah 'menandatangani'
satu perjanjian dengan Allah s.w.t.
"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian daripada
para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan
hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa
yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan
menolongnya". Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima
perjanjianKu terhadap yang demikian itu?". Mereka menjawab: "Kami
mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi)
dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu". Barang siapa yang berpaling
sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik"
(Ali Imran ayat 81-82)
Pelajaran-Pelajaran Lain
Pelajaran kedua ialah,selain kitab-kitab yang diwahyukan oleh
Allah s.w.t,ajaran-ajaran para nabi/rasul ini tercatat dalam
lembaran-lembaran yang dinamakan suhuf.Kita diwajibkan beriman dengan
kitab AlQuran,Injil,Taurat dan Zabur.Jika Injil dan Taurat pun kita
kurang mengenalinya bagaimana dengan Zabur?Adakah masih wujud Zabur
ini?Sedangkan Injil dan Taurat telah diseleweng di sana-sini.Belum lagi
suhuf-suhuf nabi-nabi lain yang tidak termasuk dalam daftar
kitab-kitab.Bagaimana dengan suhuf Nabi Ibrahim atau Nabi Ezekiel?Adakah
wujud ajaran-ajaran dari suhuf-suhuf ini?
Pelajaran ketiga ialah,selepas kematian para utusan
ini,ajaran-ajaran mereka kebanyakan masih bertahan beberapa lama kerana
orang-orang yang memahami ajaran itu masih hidup.Namun ajaran-ajaran
suci ini makin lama makin pupus setelah kematian para pendeta atau alim
tadi.Kemudian para pengikut ajaran itu mula menokok tambah di sana sini
dan ada yang menyembah nabi tadi sebagai Tuhan.Ada yang mula membuat
kisah-kisah mengarut tentang Tuhan yang menjelma dalam pelbagai
watak.Mereka mula mengukir patung-patung dan menyembah berhala,menjadi
manusia pagan.
“Mereka (Yahudi dan Nasrani) telah mengambil rahib-rahib dan
pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah dan Al Masih
putra Maryam, padahal mereka tidak diseruh kecuali untuk menyembah
kepada Ilaah yang satu, yang mana tidak ada ilaah lain selain Dia"
(At Taubah ayat 31)
Kita perlu memahami semua pelajaran di atas sebelum kita
mengetahui rahsia-rahsia seterusnya.Jika tidak,kita mungkin akan
terkeliru dan mula mempersoalkan kenapa dan bagaimana?
Setelah memahami jumlah nabi yang beribu dan diutus ke setiap
umat,serta pengetahuan tentang adanya lembaran-lembaran atau suhuf,kita
akan bergerak ke rahsia seterusnya.
to be continued.. TTKPT-2 :)

No comments:
Post a Comment