Saturday, 14 July 2012

Gempar! Unsur-Unsur Freemanson Dalam Sambutan Hari Raya!




Baru-baru ni kita gempar dengan iklan raya kontroversi di TV3 yang mengandungi unsur-unsur Pagan Santa Claus Kristus dan Yahudi illuminati, Mashaallah lihatlah betapa ghairahnya mereka menyesatkan umat Islam di Malaysia dengan cara tersembunyi, tanpa disedari kita telah didoktrinkan dengan unsur-unsur Pagan Syaitan dengan teknik 'Subliminal Message' mereka.

Sebenarnya Freemasonry telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak zaman Sir Francis Light Laknatullah yang membuka Pulau Pinang, dan sejak itu unsur-unsur Freemason Nirrajim telah berjaya didoktrinkan sehingga menjadi amalan tanpa disedari oleh orang Melayu Muslim, termasuklah sambutan Hari Raya, Kini saya akan mendedahkan satu-per-satu amalan kafir yang telah menjadi sebahagian dari hidup orang Melayu!


#1: Unsur Freemason/Illuminati Pada Ketupat

Dalam kitab suci Al-Quran dan sunnah nabi tidak ada satu perkataan pun yang memerintahkan umat Islam memakan lemang dan ketupat semasa sambutan Hari Raya.

Jadi bagaimanakah adat memakan ketupat wujud dikalangan Melayu? Ternyata adat memakan lemang dan ketupat semasa raya bukan mengikut syariat Islam dan tanpa disedari kita telah mengikut amalan Freemason semasa menyembah Syaitan.


Seperti yang kita tahu corak 'checked board' adalah unsur penting dalam amalan ritual Freemason, namun tahukah kita unsur ini telah diserapkan dalam makanan tradisi orang melayu iaitu ketupat! Masyaallah apa yang telah kita makan!? Selama ini kita menyuapkan anak-anak kita dengan makanan yang berunsurkan Freemason!

Corak 'checkered board' pada ketupat!
Bentuk segitiga juga melambangkan piramid Firaun, dan bentuk segitiga ini juga merupakan simbol Illuminati yang terletak di belakang bil Dollar Amerika! Tahukah anda sebenarnya ketupat palas adalah hasil ciptaan agenda Illuminati?

'All Seeing Eye' dan segitiga piramid Illuminati
Ketupat Palas mempunyai unsur segitiga Illuminati!
Malah jika diletakkan di atas pinggan ianya seolah-olah menyerupai Pyramid Firaun kafir pagan, sungguh tidak disangka selama ini kita menyokong Firaun tanpa disedari kerana bersubahat membuat ketupat palas yang menyerpai pyramid! Masyaallah apa yang telah kita lakukan! Bertaubatlah!

Tiga Piramid Firaun di Giza
Tiga Ketupat Palas yang menyerupai tiga piramid!
#2: Unsur Kristian/Yahudi Pada Lemang

Seperti ketupat, lemang juga tidak dapat lari dari dipengaruhi unsur tersembunyi pihak Yahudi dan Kristian dalam usaha mereka melemahkan iman seluruh umat Islam!

Lemang yang enak tetapi enuh dengan tipu daya!
Jika dilihat dari susunan lemang yang dibakar, ianya tidak ubah kelihatan seperti piano organ di gereja yang selalu dimainkan semaca upacara keagamaan orang kristian! lihatlah susunan buluh lemang amat menyerupai tiub udara pada piano organ.

Piano Organ di gereja yang menyerupai susunan lemang
Susunan lemang yang telah dipotong juga tidak ubah kelihatan seperti gulungan kitab orang yahudi, sudahlah masyarakat Islam Malaysia menyokong Yahudi dengan membeli McD dan produk-produk Yahudi yang lain, malah tanpa disedari mengamalkan amalan orang yahudi dalam makanan kita.

Lemang siap dipotong kelihatan seperti gulungan kitab yahudi
Gulungan kitab orang Yahudi
#3: Konspirasi Gabungan Lemang & Ketupat

Sememangnya Lemang dan ketupat merupakan konspirasi 'The Hidden Hand' puak Illuminati untuk merapuhkan iman orang Muslim di Malaysia, mari kita lihat unsur yang tersembunyi pada kedua-duanya.

Bulat, segitiga, dan objek tidak terurus
Bulat merupakan simbol bagi mata pada logo 'All Seing Eye' manakala segitiga pula merupakan elemen geometri yang sering digunakan dalam upacara sihir dan magis. Rendang dan serunding pula mewakili kemenyan yang selalu digunakan semasa upacara khurafat. Jika digabungkan geometri segitiga dan bulat maka muncullah simbol Illuminati, nampak kaitannya di sini?

The All Seeing Eye Amon-Ra

#4: Kad Raya Dan Unsur Syaitan Baphomet

Bulan sabit dan bintang selalu dikaitkan dengan simbol ke-Islam-an, malah kebanyakan masjid dan surau mempunyai simbol bulan sabit dan bintang pada kubahnya, tetapi dari mana datangnya simbol tersebut? Pada zaman Baginda Rasulullah (S.A.W) lambang bulan dan bintang tidak pernah digunakan, Jadi sejak bila pula lambang bulan dan bintang menjadi simbol agama Islam? Tidakkah anda berasa pelik?

Dalam amalan menghantar kad raya yang sememangnya bukat adat orang Melayu, lambang bulan dan bintang sering digunakan sebagai corak hiasan penting pada kad raya, semasa menghantar kad raya kepada rakan-rakan anda tanpa disedari anda menggalakkan mereka menjadi 'Satan Worshipper'! Kembalilah ke pangkal jalan!! Jangan bersubahat dengan Syaitan Nirrajim!!

Bulan sabit dan bintang pada contoh kad raya
Bulan sabit dan bintang pada ilustrasi Syaitan Baphomet
Walaupun ada banyak yang ingin saya bongkarkan tapi terpaksa saya berhenti di sini sahaja kerana risaukan nyawa saya diancam oleh ejen-ejen illuminati... Ingat, mereka berada dimana-mana, di selipar anda, di Tesco, Jusco, malah seluar dalam anda yang kelihatan seperti segitiga piramid! Jika anda nampak segitiga di mana-mana sila buangg! Nampak 'checked board' sila bakarrr!! Kah Kah Kah!!  Apakahhhh ?!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...