Sunday, 29 July 2012

Info : Keburukan Beronani

lancap Adalah dalah perbuatan yang bertujuan untuk merangsang anggota sulit si pelaku sehingga datang inzal atau nikmat. Ia adalah perbuatan tidak bermoral dan hanya memberi kesan yang buruk pada si pelaku. Arikel ini secara logik dan ilmiah akan membincangkan teknik – teknik untuk mencegah anda dari berterusan ketagih pada perbuatan ini. Lancap ini boleh berlaku sama ada lelaki atau perempuan

melancap masturbasi onani

Antara kesan – kesan buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap adalah:
  • Cepat marah.
  • Tidak ada keyakinan diri.
  • Tidak tegas dan kurang fokus apabila melakukan sesuatu.
  • Di sebabkan setiap kali anda sering mengaku kalah pada tuntutan nafsu, dalam dunia sebenar, anda akan jadi seorang yang mudah mengaku kalah.
  • Sentiasa sakit – sakit badan.
  • Hidup dalam angan – angan.
  • Jauh dari Allah kerana sentiasa mendengar hasutan syaitan.
  • Tidak ada kemajuan dalam hidup kerana khayal dalam dunia sendiri.
  • Sentiasa menyendiri dari orang ramai.
  • Lemah dari segi mental dan fizikal.
  • Dan lain – lain lagi.
Kesan  ketagih akibat melancap ini sungguh teruk dan ia menjadikan anda seorang lemah dalam masyarakat walaupun anda tidak mengambil dadah. Ini kerana ia menjadikan anda seorang manusia yang tidak berproduktif sama seperti penagih dadah.


Punca ketagihan Melancap

Puncanya hanya satu iaitu tidak mampu melawan gelora seks di dalam jiwa atau tidak mampu mengawal nafsu seks. Semua manusia pasti ada keinginan untuk melakukan hubungan seks. Namun, ia perlulah di lakukan

melancap

dalam keadaan yang normal. Jika anda ketagih melancap, anda sebenarnya bukan tidak mampu mengawal nafsu, tetapi anda memilih untuk mengikut nafsu. Anda mengutamakan nafsu anda sendiri dari perkara penting yang lain.

Anda perlu kawal dan lakukan hubungan seks secara normal iaitu melakukannya dengan pasangan yang anda kahwini. Sebab itu di dalam islam itu sendiri, jika anda mempunyai keinginan seks dan anda rasa anda tidak mampu mengawalnya, anda perlu berkahwin. Jika tidak mampu berkahwin, anda perlu berpuasa untuk mengekang diri dari terpengaruh pada nafsu seks. Jika anda melancap, ia membawa kepada keburukan. Jika anda melakukan seks ketika berkahwin, anda akan bahagia.

Berikut adalah tujuh tip untuk berhenti melancap

Tip pertama : Berpuasa

Kita tahu ubat paling mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah dengan berkahwin. Namun, bagi anda yang tidak mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik. Puasa bukanlah menahan lapar dan minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu. Ia boleh di lakukan pada bila – bila masa yang anda mahu. Kalau boleh pada setiap masa.

Apabila berpuasa, kita ada kuasa untuk memilih. Di sebabkan anda sering mengikut dan memilih nafsu sebagai teman, nafsu akan sentiasa menguasai diri anda. Apabila berpuasa, nafsu akan jadi lemah dan barulah anda ada kesedaran untuk memilih.

Puasa di siang hari iaitu di lakukan ketika bulan ramadhan adalah latihan yang Allah tetapkan untuk kita menahan nafsu dan wajib untuk kita buat setiap kali bulan ramadhan menjelma

.puasa melancap

Orang yang benar – benar berpuasa di bulan Ramadhan akan menghiasi dirinya dengan ibadah – ibadah yang banyak untuk memberi lebih penghayatan pada agama Islam dan mengakui tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Jika anda berpuasa untuk raya, samalah juga anda ingkar pada perintah Allah untuk berpuasa keranaNya.

Ketika di bulan Ramadhan, anda perlu berpuasa dengan menidakkan nafsu anda. Biarkan nafsu anda menjadi lemah. Ketika hendak berbuka, makan sedikit sahaja. Begitu juga ketika sahur, makan sekadar mengisi perut sahaja. Banyakkan beribadah sunat seperti terawih, baca Al-Quran, zikir dan lain – lain yang anda selesa.

Apabila anda benar-benar fokus berpuasa pada bulan Ramadhan, anda pasti ada kekuatan untuk melawan segala godaan untuk sebelas bulan kemudian iaitu medan sebenar untuk menguji keupayaan anda menahan nafsu.

 Puasa yang sebenar adalah keupayaan kita untuk menahan nafsu pada setiap masa iaitu 24 jam siang dan malam. Puasa adalah jihad yang agung iaitu melawan diri sendiri.  Jadi, setiap kali anda rasa terangsang, anda katakan pada diri anda, anda tidak akan melancap. Anda sabar dan berdoa pada Allah untuk hilangkan rasa tersebut.

Allah memberi manusia akal untuk berfikir yang mana jahat dan yang mana baik. Apabila terangsang, katakan tidak dan menahan. Seperti biasa, apabila anda katakana taknak, nafsu akan memujuk anda dengan memberi godaan yang paling hebat. Fikiran anda akan di penuhi dengan keinginan untuk memuaskan nafsu.

Apabila sampai ke tahap ini, anda hentikan rangsangan tersebut. Jika rangsangan tersebut datang dari komputer, tutup komputer. Anda berdiri dan berjalan  mundar mandir, anda istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain. Jika anda dapati nafsu anda masih kuat menggoda anda, anda lemahkan dia dengan berpuasa dari makan dan minum pada siang hari iaitu puasa sunat dan banyakkan ibadah sehingga anda boleh kawal fikiran anda dari di kuasai nafsu.

Katakan tidak pada aktiviti melancap. Berusaha untuk melawan dengan sepenuh hati melalui aktiviti berpuasa. Nabi Muhammad sentiasa berpuasa siang dan malam. Baginda berpupaya menahan nafsu. Baginda juga seorang yang tenang. Nafsu sangat susah untuk dilawan. Ingat Allah, ingat Muhammad, anda pasti berjaya.


Tip kedua : Senaman

Selalunya mereka yang kuat beronani atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka. Aktifkan diri anda dengan bersukan. Adakah anda seorang yang gemuk? kuruskan diri anda dengan bersukan. Tiada apa yang hendak di malukan jika kita lakukan sesuatu itu untuk diri kita sendiri.

senaman melancap

Apabila anda kerap bersukan dan senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara. Minda yang cergas boleh membantu anda untuk menilai yang baik dan yang mana buruk.

Di gabungkan dengan tip berpuasa, aktiviti senaman boleh membantu anda untuk lebih bersedia dan kuat apabila di serang nafsu seks. Melalui senaman juga anda akan jadi lebih ceria dan tenang mengharungi kehidupan.Senaman akan meletihkan anda dan anda tidak akan berminat untuk beronani.

Tip ketiga : Seks bukan segala – galanya


Kebanyakan mereka yang ketagih melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas. Namun, apabila mereka sudah datang inzal, nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula sedar yang apa yang anda lakukan itu adalah salah. Ketika itulah anda akan rasa menyesal.

Namun, anda perlu fikir kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan seronok untuk di lakukan. Setiap kali anda ingin beronani, anda fikir bahawa seks bukan kepentingan aku. Di tambah dengan dua tip di atas, anda akan lebih kuat lagi untuk melawan nafsu.
Pindahkan tenaga yang datang dari nafsu ke arah impian anda. Cuba kenal pasti impian anda. Setiap kali anda di rangsang nafsu, anda lawan dengan berkata:

“Seks bukan keutamaan aku, aku ada impian untuk di kejar.”

Selepas sahaja habis berkata – kata, anda terus lakukan apa yang perlu untuk mengejar impian anda.


Tip keempat : Jangan fikir seks sebelum tidur

Apa yang kita fikir sebelum tidur adalah perkara yang paling kita mahu di dalam hidup kita. Anda perlu ubah diri anda dari bahagian yang paling dalam sekali. Orang yang memuji dan terkenang – kenang sifat Allah sebelum tidur, adalah orang – orang yang beriman.

Anda bebas fikirkan apa yang anda suka melainkan perkara yang melibatkan seks. Sebelum tidur, nafsu akan jadi kuat. Ia akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan fikiran anda. Jadi, anda perlu tegas.

Fikiran sebelum tidur adalah kuasa minda yang kuat. Jika anda fikirkan seks sebelum tidur, minda anda akan sentiasa ke arah seks pada setiap masa. Jika anda fikirkan kekayaan, minda anda akan mengajar anda untuk berusaha ke arah kekayaan.

Sebelum tidur, pastikan anda kawal fikiran anda. Jika anda masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain. Dengan menggabungkan ke – empat teknik termasuk tiga tip sebelum ini, anda mampu melawan nafsu. Tumpaskan nafsu dari semua sudut termasuk dari bahagian paling dalam.


Tip kelima : Jadikan hidup anda ringkas.
 
Mengikut kajian, mereka yang selalu melancap ini sebenarnya terlalu tertekan dengan kehidupan mereka. Mereka terasa terbeban dan nafsu pula bijak mengambil alih fikiran  mereka dan mengatakan onani akan mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

Sekarang, anda tenang dan cuba anda senaraikan di atas kertas kenapa anda tertekan. Senaraikan satu persatu, jujur pada diri anda. Jika anda tidak tahu kenapa anda tertekan, anda tulis apa yang anda hendak jadi.

Jadikan hidup anda ringkas, buang segala tekanan. Jika anda tidak tahan dengar ibu anda berleter, anda hanya perlu fikir ringkas. Ibu anda berleter, bukannya memukul anda. Anda dengar sahaja dan fikir secara logik. Gembirakan hidup anda dan keluar dari kepompong tekanan yang sebenarnya tiada.
Dunia yang anda sangka penuh dengan tekanan adalah ciptaan nafsu anda semata – mata. Di tambah lagi dengan hasutan syaitan, anda sering akan khayal dalam dunia tekanan yang tidak wujud.

Semua manusia ada tekanan hidup masing – masing. Namun, sebagai manusia yang di kurnia
 kan akal fikiran, anda perlulah bijak menggunakan akal yang di beri oleh Allah. Tugas akal adalah berfikir. Apabila anda tekanan atau masalah, anda jangan tertekan sebaliknya tenang untuk hadapinya.

Apabila anda di serang perasaan marah, perasaan serabut dan perasaan ingin merangsang nafsu dengan cara yang salah, anda tenang dan ambil air wuduk untuk memadamkan api yang di nyalakan syaitan dan nafsu. Anda perlu tenang kerana Allah memang sentiasa ada untuk anda.


Tip keenam : Beranikan diri

Apabila anda ingin melepaskan diri dari kancah nafsu yang tidak sihat, nafsu akan mula menakutkan anda. Anda perlu berani dan jangan ragu – ragu dengan tindakan anda. Percayalah, apabila anda hendak berpuasa iaitu tip pertama, anda pasti akan di goda oleh nafsu untuk makan atau melakukan 
sesuatu yang boleh menaikkan nafsu.mastrubasi
Antara teknik godaanya adalah:
  • Cuba mewujudkan perasaan rugi dalam diri anda untuk tidak makan.
  • Cuba kelirukan diri anda dengan perasaan lapar. Sedangkan kalau anda tidak makan pun, anda tidak akan mati. Ia menakutkan anda dengan perasaan lapar.
  • Syaitan akan menaikkan nafsu dengan hasutan yang teratur terangsang dengan wanita. Padahal sebelum ini anda tidak pernah terangsang dengan wanita tersebut tetapi pada hari ini, anda rasa teringin. Jangan terpengaruh, beranikan diri menahan nafsu.
  •  Dan bermacam – macam teknik godaan lagi.
Beranikan diri dan terus bertahan.


Tip ketujuh : Tetapkan matlamat.

Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama – lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut. Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya. Memang kadang – kadang kita alpa. Walaupun anda berjaya berhenti untuk 2 hingga 3 bulan, gangguan pasti akan datang juga.

Apabila gangguan datang. Anda kekal dengan rancangan anda untuk berhenti  melancap. Apabila anda kembali melancap, ada satu api pada nafsu anda akan wujud. Api akan berterusan menyalakan nafsu seks anda. Jika anda terlanjur, cepat – cepat bertindak untuk hapuskan api tersebut. Saya cadangkan anda berpuasa.


Kesimpulannya 

Semua orang juga ada buat silap. Apa yang anda perlu buat adalah terus memandang ke hadapan. Anggap sahaja perbuatan lalu anda itu, anda lakukan ketika anda tidak matang dan dugaan buat anda untuk menahan nafsu.


Nafsu akan sentiasa cuba menguasi pemikiran anda. Nafsu akan menyerang pemikiran manusia dengan dua perkara iaitu syak wasangka dan ragu – ragu. Apabila hati anda penuh dengan syak wasangka dan perasaan ragu – ragu, anda akan mula di kawal nafsu.

Syaitan akan berkawan dengan nafsu. Dia akan cuba wujudkan perasaan ragu – ragu dan syak wasangka dalam hati anda. Apabila sudah wujud dua perasaan ini, nafsu akan ambil alih pemikiran anda. Syaitan pula akan pergi kepada orang lain untuk menghasut.

Jika anda tewaskan nafsu, belum tentu anda mampu menahan diri dari hasutan syaitan. Syaitan ini akan sentiasa menghasut. Ketujuh – tujuh tip di atas adalah ramuan yang cukup untuk menewaskan nafsu dan dalam masa yang sama mempertahankan diri dari hasutan syaitan. Selamat mencuba, semoga perjuangan anda di berkati Allah taala.


Read more...

Friday, 20 July 2012

Syiah Sesattttt !






Assalammualaikummm genggg. Holo :D Ebtri nihhh Panjang Sikit. Enjoyy it 

 Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat
mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan
fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit
bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).”

SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah  perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat.

 Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan
mengharamkan Syi‘ah;

Selangor:
19  Januari 1998
W.Persekutuan:
3  April 1997

Terengganu:
25 September 1997
P. Pinang:
16 Januari 1997

N.Sembilan:
12  Mac 1998

Kelantan:
September 1987

Rujukan Lanjut:
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/



Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:

Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.

Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.

Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.

Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.

AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA

(Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

*Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat
penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La
Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

*Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,
dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua
telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib
al-Ahkam j.1 hal. 374)

*Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak
mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan
kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana
kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang
kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

*Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus
menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah
masalah ke 11 hal. 241)

*Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan
menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (AlIstibsar j. 3 hal. 141)

*Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk,
mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih
menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

*Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia
biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula
bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing
tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi
menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua
laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2
hal.345)




*Tulisan di atas Kaabah Syiah
‘Ali Jaan’ yang bermaksud
‘Ali Adalah Kesayanganku’


 

Kaabah yang dibangunkan Syiah di Karbala

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya

 * Memarahi orang yang puasa Asyura.

* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam
mahdi).

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh
didapati melalui laman web di bawah:

1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. http://www.abunaaielah.blogspot.com
3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com
4. http://www.hakekat.com
5. http://www.kr-hcy.com/shia
6. http://www.ansar.org/english
7. http://www.alburhan.com/

12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.

Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).

Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an,
kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.

Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.

Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.

ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM

AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan:

“Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.

AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adakan satu kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah alQuran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).
AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: “Sesungguhnya imam itu mempunyai
kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul”. (AlHukumah al-Islamiah – hal 52)

AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)

AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada’ ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).

AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran alKarim: “Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).

AGAMA SYI‘AH – Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh alKulaini: Abu Umar al-A’jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi jil. 2, hal. 222)

AGAMA ISLAM – Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.” (Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, asSuyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)

AGAMA SYI‘AH – Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)

AGAMA ISLAM – Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah 100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.

AGAMA SYI‘AH – Menghalalkan Nikah Mut’ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam. Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada Muhammad Al-Baqir berkenaan mut’ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu alFaqih jil.3 hal 458)

AGAMA ISLAM – Nikah Mut’ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di samping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasa’i)

BAGAIMANA AJARAN SYIAH DISEBARKAN DALAM MASYARAKAT

1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta
2. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam
4. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah Islam
6. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari pra sekolah.
7. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
8. Bergerak aktif di alam siber dengan menyebarkan
dakyah Syiah dan berdebat di forum-forum sunni

Nota: Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Jappp, Koranggg Pon Boleyy tengok Vid2 KaT YOUTUBE untuk menguatkann Hujah diatass nihh. Aku malass nak letakk X)  Anyway, Thankss Dah membacai.


Read more...

GILERRR KENTANGGG!! (McD Besar wehhh)



Holo gengggg! Cube koranggg tengok gambar nihhhh. Besar annn? Gile Kentanggg ahhh!

 
Sukan Olimpik London 2012 yang bakal bermula bulan depan pasti akan di penuhi dengan manusia dari serata dunia. Kumpulan Mc Donald telah mengambil inisiatif untuk keperluan atlet, pegawai dan orang ramai dengan membangunkan sebuah restoran Mc Donald yang terbesar dalam sejarah dunia.

Terletak berhampiran dengan stadium utama Olimpik di Stratford, timur London. Restoran 2 tingkat ini mempunyai keluasan 32000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan 2000 pekerja, yang mampu menyediakan servis kepada 1200 pelanggan dalam masa sejam.

Restoran Mc Donald Terbesar Di Dunia
Restoran Mc Donald Terbesar Di Dunia



Restoran Mc Donald Terbesar Di Dunia
Restoran Mc Donald Terbesar Di Dunia
Restoran Mc Donald Terbesar Di Dunia
Restoran Mc Donald Terbesar Di Dunia







Restoran Mc Donald Terbesar Di Dunia
Restoran Mc Donald Terbesar Di Dunia

Amacamm, Besarr tak Genggg? Gilerr Kentangg Kan. Fuyyohhhh :-P



Read more...

Lirik Lagu I'm Coming Home Seru Dajjal? (MESTI BACA!)

 Assalamualaikum, Holo Genggg :)  Korangg mesti terkejutt right bile terdengar isu Panass giler nihh kan? Actually aku pun same, Terkejott kot. Pulakk tuu membe aku suke nyanyi lagu nihhh. Haihhh, nasib baik aku tak donlod lagi. Hai, Dunia-2

Sebelum ini lagu It will Rain nyanyian Bruno Mars pernah mencetus kontroversi gara-gara sebaris lirik lagu tersebut. Aku rasa korang sendiri pernah dengar lagu tersebut. Kali ini pulak giliran lagu I’m Coming Home nyanyian Skylar Grey yang dikatakan lirik lagunya seakan-akan menyeru kedatangan Dajjal. Mari kita perhatikan bait-bait lirik tersebut.

The Chorus :
I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
( dajal datang membawa hujan )
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming
…………………………………………………………

Back where I belong, yeah I never felt so strong
I feel like there’s nothing that I can’t try
And if you with me put your hands high
( pengikut-pengikut dajjal akan riang gembira )
If you ever lost a light before, this ones for you
And you, the dreams are for you

………………………………………………………..

Another lie that I carry on
( dajjal dikenali sebagai penipuan yang besar dalam sejarah )
I need to get back to the place I belong

………………………………………………………..

What if my son stares with a face like my own
And says he wants to be like me when he’s grown
Sh-t! But I aint finished growing
(semasa dajjal masih bayi, dia telah dihantar ke sebuah pulau yang kini dijagai oleh jassasah)
Another night the inevitible prolongs

………………………………………………………..

But we’ve been living as friends
So you’ve been a guest in your own home
It’s time to make your house your home

………………………………………………………..

“Ain’t No Stopping Us Now“
Whenever it comes on it makes me feel strong
Forgave me for all of my shortcomings
( dajjal hanya datang dalam masa 40 hari, 1 day like a year, 1 day like a month, 1 day like week and the rest day just like our normal day )
Lot of fights, lot of scars

………………………………………………………….

Akhir dunia nanti akan kering kontang, penyakit akan menyular, maka datanglah dajjal membawa hujan. Pada ketika itu orang kafir akan mengangkat dajjal sebagai tuhannya. Dan sekarang kita boleh nampak banyak sangat penyembah-penyembah syaitan (dajjal). Yahudi dan Kristian berbaik jugak adalah kerana dajjal. MasyaAllah… tak dapat nak bayagkan bagaimana kalau kita masih ada waktu munculnya dajjal….:’(
Sedarkah kita bahawa lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh sesetengah artis barat bermaksud untuk menyeru kedatangan Dajjal?

Keadaan gawat nanti ketika kedatangan dajjal.Rasul saw berpesan kpd kita agar jangan keluar rumah. Makanan & minuman saat itu hanyalah :

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

Kedatangan dajjal semakin hampir tatkala manusia semakin lupa tentang bahana kedatangannya.
Wallahualam



Read more...

Sunday, 15 July 2012

Lady Gaga Dan Kaitannya Dalam Freemansory

 

 Assalamualaikum Guys. Semoga apa yang nak aku sampaikan hari ni dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Dulu pun aku minat dia gak, Tapi hai.. Bila dah dengar camni tak elok doh. 

Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang aku sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontroversi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah ..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .

Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/  and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

D
alam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.



Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.


“I know that we are young.

And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro .”




Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .

Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa-biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi


But I just can’t be with you like this anymore ,  Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki . Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .



Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’  .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part :   “Stop, please, just let me go, Alejandro”  .Sebaik saja dia sebut “ Alejandro ” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia  .


“She hides true love

En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”


Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger (cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan ..

Selepas sahaja lirik tu ...Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?
( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas ..Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan.

Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..




“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.” - Manly P. Hall




Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .

Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando ..


I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)


Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih .. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I’m not your babe I’m not your babe ,Fernando . Waktu menyebut perkataan Fernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? 

Insya-Allah pasti ..
S
ebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam ..bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance.

Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .


Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya ..Amin ya rabbalalamin . sumber asal : vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran , penglihatan dan hati , semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya " (Al-Isra' 17:36)


Read more...

Freemanson? Apakah??




lambang freemason
Lambang Freemason

Freemasonry (bahasa Inggeris) adalah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa. Freemasonry pada zaman moden bermula dengan berdirinya Grand Lodge di London, Inggris pada tahun 1717. Sebagian peneliti Barat berkeyakinan bahwa Freemasonry sebenarnya sudah didirikan di Scotland pada abad ke-14, ketika Ksatria Templar dihapuskan oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.

Grand Lodge of London emblem
Lambang Grand Lodge London 1717

Di Scotland, Knight Templar ini menyusup ke dalam organisasi-organisasi buruh binaan (Mason) dan menguasai kelab-kelab pekerjanya (lodge). Mereka kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Freemasonry, sebuah istilah yang sebenarnya nama lain dari perkumpulan Kabbalah Yahudi-Talmud.
Dari Eropah, Freemasonry yang terbahagi dalam dua kelompok besar (Scotland Rites dan York Rites) menyebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Freemason adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia.

Ritual dalam freemason

Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari era Firaun Mesir dan era Babilon Kuno. Sihir adalah intipati ajaran Kabbalah dan ini membawa kepada penyembahan Syaitan dan Iblis untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan.Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.

Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan (level). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajal Laknatullah.

Teori Konspirasi Mengenai Asal-Usul Freemason


Lakaran Kuil SulaimanIllustrasi Kuil Sulaiman (Solomon Temple)

Menurut legenda ritual Freemasonry, persaudaraan Mason telah ada sejak pembangunan kuil Raja Sulaiman ratusan abad silam. Disebabkan kuil yang dikerjakan sangat besar, sehingga diperlukan adanya suatu bentuk organisasi kerja yang baik untuk memastikan pembangunan kuil selesai tepat pada waktunya. Keadaan ini mendorong perkembangan organisasi pekerja stonemason dan arkitek ke dalam berbagai tingkatan dan kelas dengan tanggung jawab yang berbeza-beza.

Banyak watak-watak yang diungkap dalam buku Kings and Chronicles dalam Kitab Yahudi sesuai dengan situasi-situasi yang ada di berbagai tingkatan organisasi Masonry, misalnya Raja Sulaiman, Hiram (Raja Tyre yang mensuplai bahan material, terutama kayu cedar, untuk pembangunan kuil), Adoniram, dsb.
Meskipun persaudaraan Masonic melakukan ritual-ritual zaman Raja Sulaiman, agar dapat menjadi sebuah kebenaran sejarah, tetapi tidak ada autoriti Masonic yang memberikan kebenaran tentang adanya organisasi Mason di masa lampau.

Yang sudah diketahui dengan pasti adalah ada sebuah organisasi persaudaraan di masa lampau, baik diantara kaum pagan maupun kaum Yahudi. Dan kes yang lebih dahulu muncul adalah organisasi tersebut dikait-kaitkan dengan adanya sesuatu yang penuh rahsia, seperti halnya misteri Eleusinian yang sangat terkenal. Contoh misteri yang mengemuka lainnya adalah adanya kelompok rahsia yang bernama Pharisees.

Eleusinian adalah sebuah komuniti rahsia yang mempunyai ritual-ritual dikalangan anggotanya, pembagian kelompok yang lebih kecil dengan sifat kerahsiaan yang semakin besar, ujian-ujian yang harus dihadapi sebelum memperoleh pengetahuan dan rahsia yang harus dijaga. Rahasia komuniti ini tetap terjaga dengan baik dari waktu ke waktu dan yang mengetahui hanyalah mereka saja. Mungkin pengetahuan tentang sifat komuniti ini jatuh ke tangan para pendiri Mason dan pada akhirnya membentuk struktur organisasi Mason seperti sekarang ini.

Berbeda dengan Eleusinian, kelompok Pharisees tidak menyembunyikan pengetahuan apapun. Akan tetapi, mereka melakukan pembatasan keanggotaan dan memanggil sesamanya dengan sebutan “chaver” (kha VER), konsep yang sama dengan penggunaan sebutan “saudara” atau “kawan” pada organisasi Mason sekarang. Setiap anggota baru diminta untuk bersumpah dan mematuhi perintah dan hukum organisasi dengan disaksikan oleh tiga anggota lainnya.

Pharisees dianggap memiliki ajaran yang berbeza oleh para pengikut Yahudi maupun Kritian. Di kemudian hari, istilah Pharisee memiliki konotasi negatif, yang hampir sama dengan kaum hipokrit. Bagi kaum Yahudi, struktur Pharisaic secara asasnya telah muncul dalam ajaran agama Yahudi 2000 tahun yang lalu. Pharisees dipandang sebagai sebuah kelompok yang berupaya memadamkan peranan agama di mana puncaknya adalah penghancuran kuil di Jerusalem.

Pengetahuan mengenai amalan-amalan Pharisaic mungkin sudah diketahui oleh para pendiri Mason. Mereka juga memandang bahwa hanya ada satu cara efektif untuk mengorganisasi sebuah persaudaraan dengan baik, dan cara tersebut telah ditemukan secara terus menerus, bebas, dan selalu berulang.

#Periode Pertengahan

Teori munculnya Freemasonry yang juga cukup umum adalah berasal dari kesatuan pekerja atau kelab stonemason pada abad pertengahan. Istilah “Free” merujuk bahwa Mason tidak terikat dengan tanah sebagai hamba, tetapi mereka adalah orang-orang bebas pergi kemana pun, seperti hal seorang pedagang yang selalu membangun di manapun ia berada.

Mason di abad pertengahan selalu mendirikan berbagai bangunan, tetapi perhatian khusus selalu dipusatkan pada kathedral-kathedral besar yang dibangun selama zaman ini. Untuk menciptakan sebuah bangunan yang mengagumkan, diperlukan pendidikan prinsip-prinsip geometri, aritmatik, maupun teknik kejuruteraan awam. Kelab stonemason, dan para arkitek pada masa itu menjadi sebuah semacam pusat penyimpanan pengetahuan di luar unsur paling dominan yang ada di masyarakat: pendeta.

Seiring dengan gelombang maraknya pembangunan kathedral dan permulaan masa-masa renaisance, diperkirakan Freemason tetap menjaga organisasi mereka dengan membuka keanggotaan untuk forum perbincangan ahli falsafah serta pengetahuan lain. Anggota tersebut merupakan orang-orang tertentu yang berada di kelas atas dan bukan pekerja itu sendiri.

Ada teori lain tentang kemunculan Freemasonry pada abad pertengahan. John Robinson penulis buku Born on Blood mengatakan bahwa para Mason adalah keturunan dari Kesatria Templar. Templar adalah sekelompok kesatria yang memiliki kekuatan dan kesejahteraan semasa Perang Salib. Setelah Perang Salib selesai, pada abad ke-14, mereka ditekan oleh Raja Perancis dan kalangan gereja. Sebagian besar para templar menemui ajalnya, dan ada juga sebagian dari mereka yang mampu bertahan. Beberapa tingkatan dalam Mason berkaitan dengan kejadian ini. Hipotesis yang kemudian muncul adalah bekas para templar tersebut mempertahankan persaudaraan mereka dengan melakukan penyamaran dalam bentuk Freemasonry.

Teori-teori mutakhir yang berkisar kepada asal-usul Masonry justeru tidak mengarah pada kelab stonemason seperti yang diungkapkan sebelumnya, melainkan lebih kepada akibat dari konflik yang ada di England pada abad ke 17. Cyril Batham, salah seorang Quatuor Coronati Research Lodge yang cukup terkenal di England, mengungkapkan bahwa orang-orang ini mendirikan Lodge untuk menjaga komunikasi ketika bersembunyi dari kejaran kaum Anglikan semasa pergolakan Jacobite.

#Periode Moden

Di era moden, Freemasonry muncul sejak didirikannya Grand Lodge pertama pada St. John’s Day, di London pada tahun 1717. Empat lodge lama berkumpul bersama di Goose dan Gridiron Ale House untuk mengorganisasi pendirian Grand Lodge.

Dari waktu ke waktu organisasi-organisasi free-thinker seperti Masonry ini semakin matang untuk melebarkan sayapnya di dunia Barat. Masa-masa pencerahan di benua ini dimulai ketika England sedang dalam proses menjadi sebuah negara liberal yang ditandai dengan penolakan konsep “hak agung” monarki James II. Organisasi Masonry menyebar dengan cepat ke kawasan lainnya seperti Perancis, Austria-Hungary, dan Jerman.

Lodge kuno dan moden yang berada di England, pada tahun 1813, kemudian bergabung menjadi sebuah organisasi tunggal yang bernama United Grand Lodge of England. Ketika itu, kedua organisasi Mason membuat piagam tentang Tata Dunia Baru. Fakta ini menjadi dasar adanya keragaman ritual Mason di daratan Amerika, meskipun sifat ritual yang asli tidak dapat dilihat dari konsep keanggotan Grand Lodge semata, yakni sebagai “Ancient Free and Accepted Masons” atau hanya “Free and Accepted Masons”.

Lodge pertama di AS didirikan sesuai dengan apa yang diamanatkan dalam piagam Grand Lodges di England. Dalam perjalanannya, Lodge-lodge di daerah koloni merasa perlu untuk membentuk Lodge yang baru dan dapat mengorganisasi Grand Lodge (berada di tanah jajahan semasa era koloni) mereka sendiri.
Grand Lodge bebas pertama di Amerika dibentuk sebagai hasil pertemuan empat Lodge di Virginia. Seperti apa yang telah diamanatkan oleh Grand Lodge yang berada di negara masing-masing, konsep ritualnya merupakan perpaduan dari Grand Lodge-Grand Lodge yang ada. Pada tahun 1995, sudah berdiri Grand Lodge di 50 negara bahagian AS, dan 1 di daerah Columbia. Ada perkembangan yang cukup pesat pada organisasi ini, seperti misalnya Grand Lodge di California memiliki kuasa atas Lodge di Hawaii.

Masonry memainkan peranan penting di masa-masa awal sejarah kemerdekaan AS. Banyak pendiri negara AS adalah Mason (1/3 dari penandatangan Deklarasi Kemerdekaan AS dan 1/3 yang menghadiri Consitution Convention di Philadelphia tahun 1787 adalah para Mason), termasuk Benjamin Franklin dan George Washington. Disinyalir, Boston Tea Party semasa kemerdekaan AS juga turut di organisasi dalam salah satu pertemuan Lodge. Pada peristiwa itu, sekelompok orang yang memakai atribut Indian menumpahkan teh di pelabuhan Boston diduga adalah Mason. Ada juga cerita bahwa pasukan England menjaga hartabenda milik Mason Amerika ketika revolusi berkobar untuk kemudian diserahkan kepada autoriti Masonic Tempatan setelah perang selesai.

Perkembangan Masonry Amerika mengalami kemunduran pada tahun 1820, ketika sentimen Antimasonic mencapai puncaknya yang ditandai dengan dimunculkannya calon presiden sebagai lawan Lodge. Pada masa itu, banyak badan-badan yang berada di bawah naungan Lodge tidak muncul lagi. Kekacauan itu terjadi karena Mason dituduh melakukan hukuman kepada mereka yang dianggap berkhianat kerana membuka rahsia persaudaraan Lodge di New York.

Ketika Perang Sivil di AS berkecamuk, Mason berada di dua sisi. Anggota Lodge yang turun dalam peperangan menggunakan seragam dengan warna yang berbeda. Tahanan perang yang merupakan anggota Mason diminta untuk datang ke Lodge untuk mendapatkan pembebasan bersyarat dan menghadiri pemakaman prajurit Masonic yang gugur.

Peranan Masonry dalam aspek kehidupan sosial AS di akhir abad 19 dan awal abad 20 cukup penting. Banyak tokoh-tokoh terkemuka di masyarakat adalah anggota Lodge. Organisasi persaudaraan yang juga muncul untuk bersaing dengan Mason antara lain, Grange, Elks, Moose, dan Odd Fellows. Kegiatan amal Masonic mampu menyokong kehidupan sosial masyarakat di masa-masa sulit, dan kegiatan itu ada jauh sebelum dibuatnya program jaringan keamanan sosial pada tahun 1930.

Keanggotaan dalam persaudaraan Masonic mencapai puncaknya pada akhir tahun 1950, dan setelah masa itu, mengalami penurunan. Fenomena yang sama juga terjadi pada berbagai organisasi persaudaraan lain, seperti di berbagai kelab perniagaan, gereja, dsb. Penurunan itu disebabkan meningkatnya berbagai sarana hiburan di rumah secara besar-besaran, tuntutan pekerjaan yang semakin besar, dan sebab-sebab lainnya. Tidak seorang pun yang tahu bagaimana cara mengubah kemunduran itu, akan tetapi peranan Lodge dalam struktur sosial dipelbagai kota sepertinya akan terus surut dan mampu berubah hanya apabila seluruh struktur sosial masyarakat AS berubah menjadi jenis masyarakat yang berorientasi keluar (outward oriented). Survey memperlihatkan bahwa saat ini banyak orang Amerika yang tidak lagi peduli pada kewujudan persaudaraan Masonic. Padahal, lebih dari 50 tahun yang lalu, sikap tidak peduli terhadap keberadaan Lodge hanyalah sebuah impian.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...