Friday, 31 August 2012

Kemayan City Mall Mistik


 


 

 




  Since aku jadik anak jati johor 16 tahun, aku tak pernah dengar cite pasal bangunan kemayan city yang terbengkalai ni. Sampailah one day aku terjumpa Cite nihh kat facebook. Tertarik gak sebab menarik! So aku stalk ah kat pakcik aku, pakcik GOOGLE! xD Tapi aku pernah lalu memang agak seramm lahh. Em, and banyak k versi cite hantu kat kemayan City Mall yang terbengkalai nihh

1st cerita tentang shopping complex kemayan city. bangunan ni terletak di jalan skudai dan berhampiran taman ungku tun aminah and masa mula pembinaannya, bangunan ni sangat gah dan penuh dengan segala kemudahan..pada ketika tu, kemayan city, jika siap dibina, merupakan satu shopping complex serba lengkap dan terbesar di jb..tp sayangnya, tiba2 pembinaannya terhenti dan terus terbengkalai sehingga sekarang..segala access route..tingkap2 dan isi dalam bangunan terbiar begitu sahaja sedangkan the whole sebijik bangunan tu dah siap dan sangat cantik..

That moment is cite nih hot when ada satu warga daripada KL yang pertama kali berkunjung ke JB. turun exit skudai, dalam perjalanan ke bandar beliau terus melihat sebuah bangunan kelabu yang sangat besar, sangat cantik dan sangat meriah. kerana agak teruja. beliau menuju ke shopping complex tu dulu. yup, shopping complex tu adalah kemayan city. orang ni dikatakan berjalan, berbelanja, dan pulang ke hotel penginapan. esoknya, beliau pun berceritalah tentang kehebatan kemayan city. bercerita tentang mewahnya shopping complex tu dan dikejutkan bahawa tidak ada siapa pun tahu yang bangunan tu beroperasi setelah terbengkalai sekian lama. tak puas hati, beliau pun bukak kereta dan lihat ada daun2 kering dalam bonet. apabila pulang ke KL, warga KL ni dapat lihat wajah sebenar kemayan city yang terbengkalai tu.

this story quite creepy bila kita fikir yang kita parking sorang2 dlm sebuah bangunan tinggal. jalan sorang2. jumpa orang yang bukan ‘orang’membeli belah sorang2. dan berinteraksi dengan entah siapa. dan in the end, kita dapat tengok with our own eyes the real place tempat yang kita kata meriah sangat tu. ohh, What the Shitt....

One moreabout Kemayan city Mall again yang nihh warga Singapura :

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.

 

 second story is about dataran bandaraya jb. long before wujud that lavish danga bay, dataran bandaraya merupakan the centre for all event di JB ni..segala galanya akan dibuat di sini..pertandingan bola, pertandingan kebudayaan, larian marathon, jogathon, walkathon, apa2 yang thon lagi lah..semuanya akan bermula di sini..sekarang, dataran bandaraya holds some of event yang menggunakan pdang bola sepak..dan dataran bandaraya juga merupakan tempat yang best untuk lepak malam2 sambil makan steam boat di kawasan berhampiran..still a nice place to hang out feeling the sea breeze~


 cerita mistik dataran bandaraya agak aneh sebab melibatkan ramai orang..pada ketika jam 12 malam lebih, dataran bandaraya terang benderang dengan penari..dengan lagu ghazal..dan penuh acara tarian di atas stage..tarian tu agak mengkhayalkan sehingga ada beberapa kenderaan yang lalu di jalan tepi laut tu akan memperlahankan kenderaan masing2 untuk melihat tarian dan mendengar lagu klasik ghazal yang dimainkan..anehnya..tidak ada penonton langsung..nak dijadikan cerita, ada orang dalam MBJB menidakkan sebarang aktiviti pada malam tu..dan orang yang tinggal berhampiran juga dilaporkan tak mendengar apa2 benda event di dataran bandaraya! jadi apakah yang mereka tonton malam tu..? adakah cuma ilusi atau memang ada betul2 training kebudayaan..? entahlah..

setakat ni..tu jelahah cite yang hot kat JB..others macam bangunan best world (danga city mall nama dia sekarang), tambak johor, komtar dan beberapa bangunan lain pun membawa cerita yang tersendiri..cerita tentang istana johor dan daulatnya juga kekal shingga ke hari ini dan kesultanan diraja johor merupakan kesultanan yang paling dihormati oleh rakyatnya..ada siapa2 berani cakap sultan johor tak adil..? ada siapa2 berani cakap sultan johor tak relevan..? negeri lain mungkin ada tapi di johor tidak sekali kali jadik macam tu..hehe..

oh ye..ada juga cerita dulu dulu..betulkan kalau saya salah..tentang kedaulatan diraja johor..dulu kala entah di mana, ada satu jambatan yang dah siap dibina..sultan johor pun datang melawat dan kerana tidak berpuashati, baginda menghentak kaki dan jambatan tu terus retak..menandakan ada kepincangan dalam pembinaan struktur tu..kontraktor terus kena warning dan jambatan tu dibina dengan specs yang elok..hoho..dahsyat kan..

in the end..dua cerita (kemayan city dan dataran bandaraya) tu je lah yang pasling klasik yang saya sentiasa dengar hingga ke hari ini..banyak lagi kisah yang mistik di johor ni either betul atau tak..mitos atau fakta..semuanya menjadikan sejarah negeri johor penuh warna warni..

p/s : Berdasarkan cerita pasal Kemayan City Mall, kebanyakkan yang akan terkena ialah warga singapura. Orang johor rasenye tak kot, tak pernah dengar. And sometime bukan orang johor means orang luar. Pastu dorangg rupenye belanja kat situ and lastly jadik daun kering. Ade sape2 lagi ade cite pasal Kemayan City Mall nihh? Kongsi sikit x)

Read more...

Apa Oppa Gangnam Style actually?

 




Oppa Gangnam Style? Mule2 aku blur gak, tapi finally aku tahu gak ;D Gangnam style, hm meledak kod. budak2 pon kecoh

Fenomena Gangnam Stlye datangnya dari lagu korea berjudul Oppa Gangnam Stlye nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho). Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul dan kawasan ini dikatakan kawasan high class.

Video Oppa Gangnam Stlye mendapat hampir 50 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.

Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.

Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.

Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari 4 minute, Hyuna.



Lagu berkenaan bukan saja mendapat perhatian dari masyarakat Asia, malah Negara seperti United States, England dan Perancis turut memperkatakan tentangnya.

Ternyata selepas kehadiran beberapa kumpulan muzik Korea seperti Wonder Girls, Super Junior, Girls Generation dan The Big Bang Theory, kini Psy mengambil tempat dihati pengemar muzik Korea malah lebih membanggakan apabila Psy bergerak sebagai penyanyi solo.


Read more...

Wednesday, 29 August 2012

Hakikat tentang air Coca Cola


Keburukan minuman ringan

Asid

Minuman ringan sering dicampurkan dengan beberapa asid seperti asid sitrik, fosforik dan sesekali, asid malik atau tartarik untuk menambah ‘sengatannya’. Asid ini juga bertindak sebagai bahan pengawet yang memelihara kualiti sesuatu minuman.

Selain itu ia juga mengimbangi kemanisan minuman, dengan menjadikannya sungguh menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Semua jenis minuman ringan terutamanya kola sangat berasid. Kajian menunjukkan untuk meneutralkan segelas kola, anda memerlukan 32 gelas air beralkali tinggi.

Di Britain tinjauan pada tahun 1993 mengenai Kesihatan Pergigian Kanak-kanak mendapati 20% kanak-kanak yang banyak minum minuman ringan mengalami kakisan pada bahagian dentin mereka.
Kerosakan bermula dalam tempoh 45 minit sesudah meminumnya dan berterusan selama sejam. Menurut Persatuan Pergigian Britain, menggosok gigi selepas meminum minuman bergula dan berasid boleh menambah kerosakan gigi.

Kajian dijalankan pada Perang Dunia ke 2 menunjukkan apabila gigi manusia dicabut direndam dalam minuman berkola, dalam masa dua hari gigi itu menjadi amat lembut dan permukaan enamelnya kehilangan sebahagian besar kalsium. Dalam ujian lain, gigi geraham tikus yang diberi makan secukupnya tetapi hanya meminum minuman kola didapati terbenam sehingga lapisan gusi selepas enam minggu.

Kajian British juga mendapati minuman ringan lebih berasid dan lebih bersifat mengkakis berbanding jus buah-buahan. Untuk mengetahui kadar keasidan minuman ringan yang dijual di sini, beberapa jenama telah diuji. (Perhatian: lebih rendah nilai pHnya, lebih berasidlah sesuatu minuman itu. Mana-mana minuman yang berada di bawah pH5.5 berpotensi menyebabkan kakisan pada gigi).

Penyakit sememangnya sukakan asid! Fosforus dalam asid fosforik misalnya boleh mengganggu imbangan kalsium-fosfat dalam tubuh dan melarut keluar kalsium daripada tulang. Ini akhirnya akan menyebabkan osteoporosis.

Fosforus juga melawan asid hidroklorik dalam perut dan menjadikannya tidak berkesan hingga mengganggu proses penghadaman dan menyebabkan kembung perut.

Pada hakikatnya, sesetengah penyelidik percaya buih dan gas dalam minuman ringan akibat asid fosforik berpotensi membakar bahagian dalam tubuh. Ternyata ia begitu tidak sesuai untuk tubuh manusia.

Karbon dioksida

Karbon dioksida merupakan bahan buangan yang dihembus keluar oleh manusia tetapi kita menelannya apabila meminum minuman ringan.

Karbon dioksida yang memberikan keadaan berbuih merupakan antara ramuan penting dalam minuman ringan. Ia juga mempengaruhi rasa sesuatu produk. Ia menjadikan minuman ringan lebih menyegarkan dengan merangsang selaput lendir di dalam mulut. Ia menghasilkan buih-buih yang merangsang lelangit dan meningkatkan deria rasa. Hasilnya air liur itu terasa lebih sejuk daripada keadaan sebenarnya.

Kehadiran karbon dioksida juga penting kepada industri kerana ia mencegah pertumbuhan mikro-organisma dan menjadikan minuman itu tahan lebih lama.

Air Suling

Air sememangnya ramuan utama dalam penghasilan minuman ringan. Minuman ringan biasa mengandungi 90% air semantara minuman diet mengandungi sehingga 99% air. Pengeluar menggunakan kaedah penapisan dan peralatan lain yang canggih untuk menyingkirkan sebarang bahan asing yang tidak larut bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan yang tidak diingini.

Oleh itu tidak seperti air minuman yang mengandungi sisa beberapa unsur yang mempengaruhi rasanya, air yang digunakan dalam minuman ringan merupakan air yang tulen.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika, “Air suling, yang pada dasarnya bebas daripada campuran bahan galian, adalah sangat agresif iaitu ia cenderung melarut bahan-bahan yang bercampur dengannya.”

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan golongan yang banyak meminum minuman ringan ( sama ada bergula atau tidak) menyingkirkan sejumlah besar kalisum, magnesium dan sisa bahan galian lain ke dalam air kencing.

Lebih banyak kehilangan bahan galian, lebih tinggilah risiko seseorang itu menghidap osteoporosis, hipotiroid, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan pelbagai jenis penyakit lain yang pada amnya dikaitkan dengan penuaan awal.

Pelbagai kajian juga mengesahkan kebaikan meminum air suling apabila seseorang itu ingin menyingkirkan sisa racun atau membersihkan sistem tubuh dalam tempoh yang singkat. Tetapi diet yang buruk dengan mengambil banyak makanan remeh dan minuman ringan boleh menjadikan tubuh lebih berasid.

Mengikut teori, pengumpulan produk sisa asid dalam tubuh boleh menyebabkan penuaan dan penyakit. Kajian menunjukkan semakin lama seseorang itu meminum air suling, lebih tinggi juga kencederungan mengalami kekurangan bahan galian dan berada dalam keadaan perut berasid.

Oleh itu, remaja yang meminum minuman ringan dari pagi hingga malam ke malam hanya mendedahkan diri kepada penyakit. Katakanlah ia merupakan seorang remaja perempuan bertubuh langsing. Jika ia meminum air soda dan cuba mengelak hidangan untuk mengekalkan kelangsingan tubuhnya, ia akhirnya akan mengalami masalah kekurang kalsium, yang seterusnya akan menyebabkan osteoporosis.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh pengarang The New York Times dan penulis buku Nutrition Book, Jane Brody, “Kekurangan kalsium semasa usia remaja sudahpun dikesan berlaku akibat penggantian susu dengan minuman berkarbonat atau minuman ringan lain. Lebih buruk lagi, sejumlah besar forforus dalam minuman ringan mengganggu imbangan kalsium kepada fosforus dalam diet dan mengurangkan kemampuan tubuh menyerap kalsium.”



Pengawet

Beberapa jenis pengawet digunakan dalam minuman ringan bagi menstabilkan mikrobial dan mencegah kerosakan. Minuman ringan biasanya tidak rosak kerana kandungan asid dan karbonatnya. Bagaimanapun, keadaan penyimpanan dan tempoh simpanan kadangkala boleh mempengaruhi rasanya. Oleh itu, sesetengah minuman ringan ditambahkan sedikit pengawet yang biasanya digunakan dalam makanan.

Bagaimanapun pengawet yang digunakan mungkin tidak dicatatkan pada label. Salah satu pengawet yang sering digunakan iala natrium benzoat (E211) atau lebih dikenali sebagai asid benzoik. Bahan penambah ini boleh memulakan serangan lelah, ruam kulit, dan keadaan terlalu aktif pada sesetengah orang.

Kami dapati bahan kimia ini terkandung dalam sekurang-kurangnya 14 jenama  minuman ringan yang terdapat di pasaran. Di bawah Peraturan Pemakanan 1985, paras selamat untuk asid benzoik dalam minuman ringan yang bertujuan untuk diminum tidak termasuk air mineral ialah 350 bahagian per sejuta (bps).

Dalam ujian yang kami jalankan, dua contoh minuman ringan didapati melanggar undang-undang makanan kerana mengandungi asid benzoik melebihi kadar yang benarkan. Kedua-dua minuman itu ialah F&N Orange Crush dan A&W Root Beer Frosty Mug Taste.

Kadangkala sulfur dioksida turut digunakan sebagai pengawet dan untuk mencegah warna sesetengah bahan seperti jus lemon daripada bertukar menjadi gelap. Ia juga bertindak sebagai antioksidan.

Sulfur dioksida merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memutihkan barangan. Ia boleh menyebabkan muka menjadi merah, pitam, ruam kulit tubuh membengkak, letih, sesak nafas dan bermacam-macam lagi kesan sampingan yang lain.

Bahan kimia ini begitu beracun sehingga pendedahan berulangkali padanya, walaupun tidak cukup tinggi untuk membuatkan anda sakit serta-merta, tetapi ia boleh menyebabkan perubahan genetik dalm sel-sel hidup.

Minuman ringan mudah diperolehi di mana-mana sahaja. Meminumnya pula sudah dianggap perkara biasa dan menjadi pilihan ramai terutama di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri yang bakal kita sambut tidak lama lagi. Tetapi memandangkan keburukannya kepada kesihatan, bukankah lebih baik jika anda menukar selera kepada jus buah-buahan segar yang lebih berkhasiat?



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...